Wednesday, April 6, 2011
diet yang sihat ..cuba bace n praktis kan...
Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:
Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?
1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.
2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.
4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.
5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.
Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.
9. Gunakan pinggan salad.
10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.
13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.
15. Simpan jurnal makanan.
16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"
17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
20. Bawa bekal makanan sendiri.
21. Duduk tertib semasa makan.
22. Campurkan jus dengan air.
23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
24. Makan masakan sendiri di rumah.
25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim
Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?
26. Ambil jus tomato semasa minum petang.
27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.
28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.
29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.
30. keledek juga adalah sayur.
31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.
32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.
33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.
34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!
Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?
35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".
36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".
37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".
38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".
39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".
Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?
40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.
45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)
Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?
47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
56. Panaskan 1 tin sup.
57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
58. Sandwich sayuran.
59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.
Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"
61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
65. Jangan kasihan pada makanan.
66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.
Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.
72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.
Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
77. Makan di atas meja makan dengan tertib.
78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"
82. Berus gigi selepas makan.
83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.
84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.
Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?
85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.
86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.
87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.
88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.
89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.
90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.
91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.
Apakah tip senaman yang boleh membantu?
92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.
93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.
94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.
95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.
96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.
Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.
98. Carilah teman untuk berbual.
99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.
info dari klik
saya akan cuba amalkan..harap2 berjaya
Wednesday, March 30, 2011
mengubah ciptaan Allah S.W.T
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)
Maksud mengubah ciptaan Allah S.W.T. ialah dengan membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.
Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan oleh ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Sekiranya yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.
Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat atau menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat atau menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.
Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T. Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.
mungkin saya x layak untuk menegur hanya sekadar berkongsi
info dari
study...
happy ngan kehidupan skrg? berpuas hati dengan pencapaian skrg??
ape yg terlintas di minda kita semua..cukup ngan ape yg kita ade?? skrg aku sedang pk untuk study..ape course yg perlu aku ambik?? boleh ker aku buat semua tu?? cukup ker masa aku nak study..adoi2 sometimes suma nie buat aku pening samada aku boleh buat atau pun aku cuma membazir..so ape pilihan u all semua??
Tuesday, March 29, 2011
Mee Segera nyum3
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
2) 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
sumber
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
2) 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
sumber
Monday, March 28, 2011
Cara hidup sihat Rasulullah S.A.W
1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.
2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”
4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung
5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.
6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t
7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.
8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.
Kluang rail coffee x halal..opss!!
Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (nasib baik x pernah memcuba)..
Green tea..
. Boleh mengurangkan risiko penyakit kanser,diabetes,darah tinggi,demam selsema,asma,sakit sendi,mengurangkan stres & menguatkan tulang.
2. Risiko serangan penyakit jantung dan strok juga dapat dikurangkan kerana air teh hijau merendahkan kadar kolestrol dlm badan.
3. Vitamin E dlm teh hijau bertindak sebagai anti oksidan & melambatkan proses penuaan & mencatikkan kulit(I LIKE TIS REASON).
4. Amalan teh hijau boleh menurunkan berat badan.(WOOOHOO...)
5. Teh ini kaya dgn 'fluoride' untuk mengelakkan kerosakan gigi & mineral yg baik untuk melawan 'osteoporosis'.
6. Teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit 'alzheimer' kerana ia melambatkan proses pengurangan 'acetylcholine' di dalam otak.
7. Anti oksidan yg terkandung di dalamnya juga membantu mengelakkan kerosakan sel di otak yg boleh menyebabkan penyakit Parkinson.
8. Catechin dalam teh hijau boleh membunuh bakteria yg menyebabkan keracunan makanan.
9. 'Epigallocatechin gallate dalam teh hijau boleh menghalang merebaknya virus HIV & mampu membentuk sistem pertahanan badan dlm diri seseorang yg menghidap HIV.
Subscribe to:
Posts (Atom)